Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kecewa timang anak perempuan lagi, campak anak sulung dari teres

Gara-gara sangat kecewa selepas menimang seorang lagi anak perempuan meskipun mengingikan anak lelaki, seorang bapa dengan kejam mencampak anak sulungnya dari rumah teres.

Anggaran Waktu Membaca:
Kecewa timang anak perempuan lagi, campak anak sulung dari teres

Gambar fail di sekitar kawasan Uttar Pradesh. (Gambar: Chandan Khanna/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 05:11PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 05:16PM

UTTAR PRADESH: Gara-gara sangat kecewa selepas menimang seorang lagi anak perempuan meskipun mengingikan anak lelaki, seorang bapa dengan kejam mencampak anak sulungnya dari rumah teres.

Budak perempuan yang baru berusia 18 bulan itu dikejarkan ke hospital selepas cedera parah akibat terjatuh daripada tingkat tinggi.

Menurut Indian Express, isteri lelaki terbabit baru sahaja melahirkan seorang anak perempuan beberapa hari sebelum insiden tersebut.

Para penduduk kampung memberitahu agensi berita Indian Express bahawa lelaki yang dikenali sebagai Arvind Gangwar sering bergaduh dengan isterinya sejak menimang anak kedua mereka. Arvind dipercayai dalam keadaan mabuk semasa mencampak keluar anaknya.

Meskipun budak tidak berdaya itu cedera parah, keluarganya tidak membuat aduan polis.

Polis tempatan bagaimanapun memfailkan kes tersebut sebagai satu percubaan membunuh selepas kanak-kanak tersebut dirawat di hospital.

Masyarakat India dilaporkan masih berpegang kepada amalan memberikan kuasa kepada anak lelaki sebagai ketua keluarga dan segala kuasa itu kemudian akan diwarisi berdasarkan keturunan bapa.

Wanita dalam masyarakat itu juga sering teraniaya. Data Biro Rekod Jenayah Nasional India menunjukkan terdapat banyak kes wanita dirogol, didera setiap hari, dipaksa kahwin bawah umur. Malah ada yang dibunuh semata-mata untuk melindungi maruah keluarga. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan