Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebun Musang King antara penyebab gangguan bekalan air di Bilut

Kebun durian Musang King dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air dalam kawasan Bilut di Bentong, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebun Musang King antara penyebab gangguan bekalan air di Bilut

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 03:46PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 03:50PM

KUANTAN: Kebun durian Musang King dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air dalam kawasan Bilut di Bentong, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata loji rawatan air (LRA) di situ terpaksa menghentikan operasi apabila kekeruhan air mentah di Sungai Bilut tinggi selepas hujan lebat yang akhirnya mengakibatkan penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air.

"Saya rasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut mesti tahu air tidak akan keruh semulajadi... mesti ada penyebabnya dan di Bilut, kebun Musang King sedikit sebanyak menjejaskan air di kawasan itu," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini (7 Dis).

Wan Rosdy berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lee Chin Chen (PH-Bilut) yang ingin tahu tindakan diambil bagi mengatasi masalah ganggguan bekalan air di Bilut yang berlaku selepas hujan lebat akibat kekeruhan air sungai.

Antara penyelesaian yang dilakukan, menurutnya ialah penambahbaikan LRA Sungai Bilut yang antara lain melibatkan kerja pembinaan tangki pra-enapan yang dijangka siap tahun depan.

Sementara itu, menjawab soalan Razali Kassim (BN-Muadzam Shah) mengenai jumlah pelaburan yang dibawa masuk antara Mac 2020 hingga Septemnber lepas, Wan Rosdy berkata jumlah pelaburan yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berjumlah RM6.751 bilion (S$2.18 bilion) untuk 2020.

Daripada jumlah itu, RM4.319 bilion (S$1.39 bilion) ialah pelaburan langsung asing manakala untuk tahun ini, setakat Jun lepas jumlah pelaburan tempatan ialah RM441 juta (S$142.4 juta) dan RM508 juta (S$164.04 juta) bagi pelaburang asing, dengan kedua-duanya bakal menambah peluang pekerjaan di Pahang. 

Sumber : Bernama/SU/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan