Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebocoran kimia dikesan di kilang elektronik Johor

Satu kebocoran kimia dikesan berlaku di sebuah kilang elektronik di Johor pada Sabtu (13 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebocoran kimia dikesan di kilang elektronik Johor

Daerah Tanjung Aras di Muar, Johor. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 14 Jul 2019 11:51AM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 11:54AM

MUAR: Satu kebocoran kimia dikesan berlaku di sebuah kilang elektronik di Johor pada Sabtu (13 Jul).

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Rafiah Aziz, berkata ia melibatkan tiga daripada empat tong yang mengandungi 220 liter natrium fluorida.

Kesemua tong itu ditempatkan di sebuah kilang di bandar Muar.

Menurut Cik Rafiah, lapan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian di Tanjung Agas selepas menerima panggilan yang meminta bantuan pada sekitar 10.50 pagi.

Beliau menambah, insiden itu melibatkan kurang seliter bahan kimia yang bocor.

Cik Rafiah turut berkata, jabatan bomba dan penyelamat sudah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mencegah kebocoran itu daripada merebak.

Proses pembersihan, yang bermula pada pukul 2.30 petang, dibantu oleh pihak-pihak privet yang dilantik oleh pihak pengurusan premis tersebut. 

Sumber : Bernama/CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan