Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran pusat beli belah Davao: Presiden Duterte ikrar cari puncanya

Presiden Rodrigo Duterte berikrar akan mencari punca kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bandar Davao.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2017 07:40PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 12:55AM

FILIPINA: Presiden Rodrigo Duterte berikrar akan mencari punca kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bandar Davao.

Beliau membuat janji itu semasa bertemu keluarga mangsa-mangsa kebakaran tersebut malam semalam (25 Dis).

"Saya berjanji kepada mereka kebenaran akan terbongkar," tegas Encik Duterte. "Itu yang mereka minta. Untuk mengetahui tentang apa yang sebenarnya berlaku."

Seramai 37 pekerja pusat panggilan telefon mati dalam kebakaran itu pada Sabtu lalu (24 Dis).

Jabatan-jabatan Kehakiman dan Tenaga Kerja Filipina sedang melakukan siasatan masing-masing.

Kebakaran itu tercetus di sebuah Pusat Beli Belah NCCC empat tingkat sebelum pintunya dibuka kepada orang ramai. Namun ia meragut nyawa 37 orang yang bertugas di sebuah pusat panggilan 24-jam bagi firma kajian pasaran, SSI, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sumber : AFP/MU/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan