Kebakaran musnahkan gudang di Fisherman's Wharf, San Francisco
Satu kebakaran besar berlaku di Fisherman's Wharf, sebuah mercu tanda terkenal di San Francisco, Amerika Syarikat.
SAN FRANCISCO: Satu kebakaran besar berlaku di Fisherman's Wharf, sebuah mercu tanda terkenal di San Francisco, Amerika Syarikat.
Kebakaran itu memusnahkan sebuah gudang peralatan memproses ikan dan beberapa pejabat.
Pada satu peringkat api yang begitu marak mengancam sebuah kapal kargo zaman Perang Dunia II di situ.
Mujur anggota bomba dapat mencegah api daripada sampai ke kapal SS Jeremiah O'Brien itu yang juga merupakan daya tarikan.
Selain seorang anggota bomba yang dikatakan cedera di tangan tiada orang cedera dalam kebakaran yang berlaku pada dini hari itu.
Punca kebakaran masih disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.