Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran meletus di pusat beli-belah Johor Bahru

Satu kebakaran tercetus di ruang pameran perkakas dalam sebuah pusat beli-belah popular di Johor Bahru pada petang Rabu (18 Sep), menyebabkan penggera kebakaran berbunyi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran meletus di pusat beli-belah Johor Bahru

Beberapa rakaman video insiden kebakaran di sebuah pusat beli-belah di JB tular di media sosial.

Diterbitkan : 19 Sep 2019 01:30PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 01:31PM

JOHOR BAHRU: Satu kebakaran tercetus di ruang pameran perkakas dalam sebuah pusat beli-belah popular di Johor Bahru pada petang Rabu (18 Sep), menyebabkan penggera kebakaran berbunyi.

Para anggota bomba dikerahkan ke The Mall, Mid Valley Southkey Johor, setelah laporan diterima mengenai kebakaran di aras satu pusat beli-belah tersebut pada sekitar 2.15 petang.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pasukan tindakan kecemasan kira-kira lima minit kemudian.

"Pada 4.00 petang, kami boleh mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kematian dilaporkan," kata pihak pengurusan pusat beli-belah itu dalam catatan Facebooknya.

Video-video kejadian tersebut yang tular di media sosial menunjukkan kebakaran besar di bahagian tengah pusat beli-belah itu. Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah pameran perabot dan barangan katil.

Kebakaran itu menarik perhatian para pembeli-belah yang ingin tahu punca kebakaran, dengan sesetengah daripada mereka menghampiri kawasan tersebut untuk merakamkan video.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan