Images
  • al aqsa baitulmakdis
    Gambar fail pekarangan Masjid Al-Aqsa dipetik pada Mac 2019 (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Kebakaran kecil tercetus di Baitulmakdis

BAITULMAKDIS: Sebuah kebakaran kecil berlaku di pondok pengawal di halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis. Namun, kebakaran dapat dipadamkan dan tapak itu kekal dibuka, menurut pihak berkuasa pada Selasa (16 Apr).

Kebakaran berlaku pada Isnin malam hampir serentak dengan kebakaran gereja Notre-Dame di Paris.

Polis Israel menyatakan api "segera dipadamkan" dan punca kebakaran sedang disiasat.

Menurut pertubuhan keagamaan Waqf yang menyelenggara tapak itu, kebakaran tersebut merebak ke sebuah bilik pengawal keselamatan yang terletak di atas dewan solat Marwani.

Badan itu menambah kebakaran tercetus akibat beberapa orang belia bermain api.

Baitulmakdis adalah tempat suci bagi para penganut Islam dan juga Yahudi, yang mengenalinya sebagai Temple Mount.

Ia dianggap tempat paling suci agama Yahudi dan tapak ketiga paling suci dalam agama Islam.

- AFP/TQ/tq

Top