Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran hutan dahsyat memaksa 3,000 penduduk NZ pindah

Lebih 3,000 penduduk di sebuah kampung New Zealand dipindahkan hari ini (9 Feb) sedang kebakaran hutan dahsyat merebak dengan pantas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2019 06:38PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 01:03AM

WELLINGTON: Lebih 3,000 penduduk di sebuah kampung New Zealand dipindahkan hari ini (9 Feb) sedang kebakaran hutan dahsyat merebak dengan pantas.

Keadaan darurat diisytiharkan di bandar Wakefield selepas kebakaran hutan merebak sehingga sekitar 10 kilometer dalam kawasan perumahan.

Pihak berkuasa bimbang keadaan akan bertambah buruk dengan angin bertiup sekencang 50 kilometer sejam dijangka berterusan sehingga esok (10 Feb).

Kebakaran besar merebak sejak Selasa (5 Feb), memusnahkan kawasan hutan pain seluas 2,100 hektar.

Kebakaran-kebakaran kecil juga dilaporkan di kawasan-kawasan berdekatan termasuk bandar Nelson yang didiami sekitar 50,000 penduduk. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan