Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran hutan California ragut nyawa 2 pegawai bomba, ribuan dipindahkan

Dua pegawai bomba maut semasa memadamkan kebakaran hutan di Oregon, utara California. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2018 07:17PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:11PM

REDDING: Dua pegawai bomba maut semasa memadamkan kebakaran hutan di Oregon, utara California. Angin kencang menyebabkan api marak ke kawasan bandar berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, pihak berkuasa mengarahkan pemindahan sekitar 5,000 keluarga dan perniagaan. Keseluruhannya, kira-kira 30,000 penduduk dipindahkan. Dianggarkan 18,000 hektar tanah musnah di Wasco County, sejak kebakaran bermula lima hari lalu.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran hutan tersebut berpunca daripada percikan api yang dikeluarkan sebuah mesin penuai gandum.

Gabenor Jerry Brown membuat permohonan bagi bantuan persekutuan dalam bencana tersebut sementara pihak berkuasa cuba mencari bekalan bagi para penduduk yang dipindahkan serta haiwan-haiwan ternakan yang diselamatkan daripada ladang-ladang.

Pasukan bomba tempatan turut melaporkan sekitar 500 bangunan musnah akibat kebakaran itu.  

Sumber : Reuters/AZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan