Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran hadang stesen utama Paris semasa tempoh sibuk cuti

Kebakaran besar di kawasan luar bandar Paris menyebabkan kelumpuhan trafik di stesen kereta api Montparnasse

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran hadang stesen utama Paris semasa tempoh sibuk cuti

Kebakaran di kawasan barat Paris, Perancis. (Gambar: AFP /Stephane Delfour)

Diterbitkan : 27 Jul 2018 10:28PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 10:29PM

PARIS: Satu kebakaran besar di kawasan luar bandar Paris menyebabkan kelumpuhan trafik di stesen kereta api Montparnasse, hari ini (27 Jul) sedang ramai penumpang terdiri daripada rakyat Perancis dan pelancong menuju ke destinasi percutian mereka.

Api kebakaran mengakibatkan jadual ketibaan dan pelepasan terhenti di Montparnasse yang terletak di kawasan selatan Paris. Ia adalah stesen utama yang menghubungkan Paris dengan kawasan-kawasan barat dan barat daya Perancis.

Penutupan stesen itu berlaku sedang ramai penduduk Paris berada dalam perjalanan, sama ada ke pantai atau kawasan luar bandar bagi memulakan cuti bulan Ogos.

Stesen Montparnasse mengalami insiden serupa hampir setahun lalu apabila satu kegagalan lampu isyarat menyebabkan tiga gangguan besar terjadi. 

Sumber : AFP/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan