Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran di Australia ragut 17 nyawa

Pihak berkuasa Australia sedang bekerja keras untuk mengirim bantuan kepada ribuan orang yang terkepung di beberapa pekan tepi laut yang dilanda kebakaran hutan dan belukar.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran di Australia ragut 17 nyawa
Diterbitkan : 01 Jan 2020 09:55PM Dikemas Kini : 01 Jan 2020 10:02PM

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia sedang bekerja keras untuk mengirim bantuan kepada ribuan orang yang terkepung di beberapa pekan tepi laut yang dilanda kebakaran hutan dan belukar.

Kapal-kapal dan pesawat tentera kini dilibatkan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada para mangsa.

Angka kematian pula sudah meningkat kepada sekurang-kurangnya 17 orang apabila tiga lagi mayat ditemui hari ini (1 Jan).

Bagaimanapun jumlah kematian dijangka meningkat kerana beberapa orang lagi dilaporkan hilang.

Krisis kebakaran hutan dan belukar itu bermula sekitar sebulan lalu dan menjejas beberapa wilayah Australia terutama sekali New South Wales dan Victoria.

Ia dianggap salah satu yang paling dahsyat dialami Australia.

Selain korban jiwa, lebih 1,000 rumah dan kawasan seluas 5.5 juta hektar dijilat api.

Mulai hari ini sehingga lusa, keadaan cuaca dijangka agak baik dengan suhu lebih rendah dan angin tidak begitu kencang.

Namun pihak berkuasa memberi amaran suhu akan kembali tinggi pada Sabtu ini, sekali gus memburukkkan lagi keadaan kebakaran.

Sumber : Reuters/MU/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan