Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran belukar terus merebak di Australia

Kebakaran belukar terus merebak di wilayah Victoria, Australia sedang bahagian selatan negara itu dilanda gelombang haba paling panas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Mar 2019 09:47PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 09:52PM

SYDNEY: Kebakaran belukar terus merebak di wilayah Victoria, Australia sedang bahagian selatan negara itu dilanda gelombang haba paling panas.

Lebih 2,000 anggota bomba dan sukarelawan cuba memadamkan 30 kebakaran di merata wilayah Victoria. Namun demikian, tiada sebarang kematian ataupun kecederaan dilaporkan akibat kebakaran belukar itu setakat ini.

Sekurang-kurangnya lima hartanah dan kawasan seluas lebih 6,000 hektar sudah dijilat api.

Kebakaran terbesar berlaku di Taman Negara Bunyip di timur bandar Melbourne. Ia berpunca akibat siri panahan petir pada Jumaat (1 Mac).

Pihak berkuasa memberi amaran tentang kemungkinan lebih banyak kemusnahan akan berlaku memandangkan cuaca sekarang yang kering dan panas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa juga sudahpun mengeluarkan perintah darurat di beberapa kawasan Victoria. Para penduduk di kawasan-kawasan tersebut juga dipaksa supaya meninggalkan rumah mereka.

Pada 2009, kebakaran belukar paling teruk yang pernah dicatatkan memusnahkan beribu-ribu rumah di Victoria, meragut nyawa seramai 173 orang dan mencederakan lagi 414 yang lain. Pihak media menyifatkan hari kejadian sebagai "Black Saturday".

Sementara itu, suhu cuaca di Tasmania pula mencecah 39.1 darjah Selsius pada Sabtu (2 Mac), iaitu paling panas dalam tempoh 131 tahun, kata ahli kaji cuaca Dean Narramore kepada agensi berita Reuters hari ini (3 Mac).

Sumber : Reuters/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan