Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran belukar Australia semakin buruk dek cuaca kering, angin kencang

Kebakaran belukar masih marak di bahagian barat daya wilayah Victoria di Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran belukar Australia semakin buruk dek cuaca kering, angin kencang
Diterbitkan : 18 Mar 2018 08:57PM Dikemas Kini : 18 Mar 2018 09:05PM

VICTORIA: Kebakaran belukar masih marak di bahagian barat daya wilayah Victoria di Australia.

Sejauh ini, 12 rumah musnah dan beberapa ekor lembu mati akibat kebakaran tersebut.

Beratus-ratus penduduk terpaksa berpindah dan 22,000 rumah pula terputus bekalan elektrik.

Kebakaran tersebut bermula semalam (17 Mac) dan dipercayai akibat panahan petir.

Keadaannya semakin buruk hari ini (18 Mac).

Kira-kira 280 anggota bomba dikerah untuk mengawal keadaan tetapi api cepat marak kerana cuaca kering dan angin kencang.

Sejauh ini kawasan belukar dan padang rumput seluas 40,000 hektar dijilat api.
 

Sumber : AFP/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan