Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran belukar Australia dijangka semakin marak dengan suhu meningkat

Kebakaran belukar di wilayah New South Wales, Australia masih belum dapat dikawal. Pasukan bomba bertungkus lumus pada Ahad (8 Dis) bagi menangani 12 kebakaran belukar di sekitar New South Wales sebelum suhu dijangka meningkat pada lewat minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran belukar Australia dijangka semakin marak dengan suhu meningkat

(Gambar: AAP/Mick Tsikas)

Diterbitkan : 08 Dec 2019 06:42PM Dikemas Kini : 08 Dec 2019 06:46PM

NEW SOUTH WALES: Kebakaran belukar di wilayah New South Wales, Australia masih belum dapat dikawal.

Pasukan bomba bertungkus lumus pada Ahad (8 Dis) bagi menangani 12 kebakaran belukar di sekitar New South Wales sebelum suhu dijangka meningkat pada lewat minggu ini.

Namun, keadaan cuaca yang lebih baik hari ini membolehkan pasukan bomba melakukan pembakaran kecil secara terkawal dengan bertujuan mengurangkan jumlah bahan api yang boleh memarakkan lagi kebakaran serta langkah-langkah pembendungan sebelum Selasa (10 Dis), di mana suhu dijangka mencecah 40 darjah Selsius di kebanyakan daerah negeri itu.

Meskipun dengan adanya langkah-langkah pembendungan sedemikian, seramai 2,000 anggota bomba masih terlibat dalam gerakan memadamkan kebakaran yang marak.

96 kebakaran berlaku dekat bandar Sydney dan keadaan semakin membimbangkan kerana banyak kebakaran itu bercantum membentuk kebakaran amat besar dan mungkin mengambil masa berminggu-minggu untuk dipadamkan.

Menurut catatan Twitter oleh Biro Meterologi hari ini, kebanyakan dari kawasan dalaman New South Wales akan mengalami gelombang haba pada awal minggu ini.

Pasukan bomba antara negeri serta New Zealand dan Kanada turut dikerah untuk membantu memadamkan kebakaran.

Kebakaran di New South Wales bermula bulan lalu dan merupakan yang paling lama serta meliputi kawasan paling luas dalam sejarah Australia.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan