Images
  • aust bushfire
    (Gambar: Agensi berita)

Kebakaran belukar Australia dijangka bertambah teruk

AUSTRALIA: Pegawai bomba mengejar masa untuk mengawal kebakaran belukar yang telah meragut nyawa tiga orang di negara itu.

Beberapa orang lagi masih hilang dan sekurang-kurangnya 150 buah rumah musnah.

Pihak berkuasa memberi amaran keadaan dijangka bertambah teruk dengan bandar terbesar Sydney turut diancam kebakaran buat julung-julung kalinya.

Kebakaran belukar di New South Wales dan Queensland dilaporkan reda sedikit hari ini (10 Nov) ekoran cuaca yang lebih sejuk.

Bagaimanapun, lebih 100 kebakaran masih tidak terkawal di dua wilayah timur Australia itu yang mengalami cuaca kering.

Di Queensland, hampir 5,000 buah rumah terpaksa dikosongkan sejak kelmarin (8 Nov) dan masih ramai penduduknya belum dibenarkan pulang.

- Agensi berita/MU/ha

Top