Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebakaran belukar Australia: Anggota bomba relawan diberi cuti bergaji

Para anggota bomba relawan Australia diberikan cuti bergaji sebagai tanda penghargaan kerana memerah keringat membantu memadamkan kebakaran belukar daripada terus marak di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran belukar Australia: Anggota bomba relawan diberi cuti bergaji

Seorang anggota bomba yang sedang mencuba memadamkan kebakaran belukar di Australia. (Gambar fail: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 24 Dec 2019 04:14PM Dikemas Kini : 24 Dec 2019 04:17PM

WOLLONDILLY SHIRE: Para anggota bomba relawan Australia diberikan cuti bergaji sebagai tanda penghargaan kerana memerah keringat membantu memadamkan kebakaran belukar daripada terus marak di negara itu.

Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan cuti bergaji itu semasa mengunjungi kawasan Mount Baker di Australia Selatan.

Kebakaran belukar di kawasan berkenaan memusnahkan hampir 90 rumah serta 500 bangunan lain.

PM Morrison memulakan lawatannya ke kawasan-kawasan kebakaran belukar di wilayah New South Wales.

Sejak krisis tersebut bermula pada September lalu, lebih 4 juta hektar kawasan belukar di lima wilayah hangus dijilat api dengan sembilan orang mati.

Sumber : Reuters/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan