Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keamanan semenanjung Korea antara agenda utama Moon Jae-in tahun ini

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in membentangkan rancangannya bagi 2019 dalam ucapan tahun barunya kepada seluruh negara hari ini (10 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jan 2019 08:01PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 10:43PM

SEOUL: Presiden Korea Selatan Moon Jae-in membentangkan rancangannya bagi 2019 dalam ucapan tahun barunya kepada seluruh negara hari ini (10 Jan).

Dalam ucapannya, beliau berjanji untuk memberi tumpuan kepada ekonomi negara dan usaha ke arah keamanan di Semenanjung Korea.

Agenda utama Encik Moon adalah untuk meningkatkan lagi hubungan dengan jirannya, Korea Utara.

Namun beliau menekankan Korea Utara perlu mengambil "langkah berani" untuk menghapuskan program nuklearnya kerana ia akan menjejas sidang puncak Trump-Kim, yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Tambahnya lagi langkah-langkah seiringan perlu dipertimbangkan juga bagi mempercepat proses pelucutan senjata nuklear Korea Utara.

Mengenai ehwal dalam negeri, Encik Moon berjanji untuk melabur dalam industri-industri inovatif, menyediakan lebih banyak bantuan bagi perniagaan-perniagaan dan mencipta lebih banyak pekerjaan.

Ucapan Encik Moon dibuat sedang kebimbangan terus meningkat terhadap ekonomi negara tersebut yang kian merudum. 

Sumber : Agensi berita/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan