Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan jerebu di Bangkok diramal bertambah buruk

Keadaan jerebu di ibu kota Bangkok, diramalkan bertambah buruk dan berkemungkinan mencapai paras yang berbahaya sekali lagi, pada hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2019 05:19PM Dikemas Kini : 18 Jan 2019 10:13PM

BANGKOK: Keadaan jerebu di ibu kota Bangkok, diramalkan bertambah buruk dan berkemungkinan mencapai paras yang berbahaya sekali lagi, pada hujung minggu ini.

Kerajaan Thai bagaimanapun menegaskan keadaan tidaklah seburuk yang dilaporkan di laman-laman web negara lain.

Pihak berkuasa Thai berikrar untuk menangani masalah tersebut.

Namun para pakar berpendapat, sekolah-sekolah dan tempat kerja sepatutnya ditutup apabila mutu udara mencecah paras yang buruk.

Anggaran awal menunjukkan hasil sektor pelancongan dijangka terjejas hampir 5 peratus dIsebabkan masalah jerebu. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan