Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan di sempadan Amerika-Mexico 'krisis semakin teruk': Donald Trump

Donald Trump sekali lagi menuntut peruntukan AS$5.7 bilion bagi membina tembok di sempadan Amerika-Mexico. Dalam ucapannya ke seluruh negara, Presiden Amerika Syarikat itu menyifatkan keadaan di sempadan selatan negara itu sebagai "krisis kemanusiaan dan keselamatan yang semakin teruk."

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2019 03:40PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 10:07PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi menuntut peruntukan AS$5.7 bilion (S$7.74 bilion) bagi membina tembok di sempadan Amerika-Mexico.

Dalam ucapannya ke seluruh negara, Encik Trump menyifatkan keadaan di sempadan selatan negara itu sebagai "krisis kemanusiaan dan keselamatan yang semakin teruk."

"Sejak beberapa tahun lalu, beribu-ribu orang rakyat Amerika telah dibunuh dengan kejam oleh mereka yang masuk secara haram ke Amerika. Ribuan lagi jiwa akan terkorban jika kita tidak bertindak segera sekarang.

Ini adalah krisis kemanusiaan, krisis jiwa dan raga," kata pemimpin Amerika Syarikat itu.

Sambil memberi alasan kuat mengapa tembok tersebut mesti dibina, Presiden Trump berkata kos membinanya jauh lebih rendah daripada kos penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat dari Mexico yang melebihi AS$500 bilion (S$679 bilion) setahun.

Ucapannya itu tidak langsung memberi tanda-tanda beliau akan bertolak ansur dengan golongan Democrat ataupun memberi sekumit harapan bagi menamatkan penutupan sebahagian operasi pemerintah.

Sebaliknya beliau menyalahkan musuh-musuh politiknya atas penutupan tersebut yang masuk minggu ketiga.

Pihak Democrat juga enggan berganjak dan menolak sekeras-kerasnya pembinaan tembok sempadan itu.

Mengulas ucapan Presiden Trump itu, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi dan Ketua Parti Minoriti Dewan Senat Chuck Schumer menuntut agar Encik Trump segera menamatkan penutupan khidmat pemerintah.

Mereka menuduh Presiden Trump menjadikan rakyat Amerika sebagai tebusan dan mencetuskan krisis untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan