Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan darurat diisytihar di New South Wales

Pihak berkuasa Australia pada Khamis (19 Dis) mengisytiharkan keadaan darurat selama seminggu di New South Wales, sedang haba panas mencatat rekod menyemarakkan lagi kebakaran belukar di merata wilayah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan darurat diisytihar di New South Wales

(Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 19 Dec 2019 09:29PM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 09:32PM

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia pada Khamis (19 Dis) mengisytiharkan keadaan darurat selama seminggu di New South Wales, sedang haba panas mencatat rekod menyemarakkan lagi kebakaran belukar di merata wilayah itu.

Sekitar 2,000 pegawai bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran di tengah-tengah suhu sekitaran yang mencecah hampir 50 darjah Selsius, dengan separuh daripada kebakaran masih belum dapat dikawal.

Mereka turut dibantu para pegawai bomba dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Lebih 100 kebakaran belukar dicatatkan di wilayah New South Wales setakat Khamis petang.

Pesawat yang membawa air juga digunakan untuk memadamkan kebakaran di barat daya Sydney sedang mutu udaranya mencecah paras merbahaya.

Sekitar tiga juta hektar tanah belukar hangus terbakar sejak beberapa bulan yang lalu.

Enam orang telah terbunuh manakala lebih 800 rumah musnah akibat kebakaran tersebut.

Sementara itu angin kencang melebihi kelajuan 100 kilometer sejam pada lewat petang dijangka mendekatkan lagi kebakaran ke kawasan bandar. 

Sumber : Agensi berita/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan