Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan darurat bukan rampasan kuasa tentera; tiada perintah berkurung, tegas PM Muhyiddin

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan darurat bukan rampasan kuasa tentera; tiada perintah berkurung, tegas PM Muhyiddin

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 12:17PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 12:18PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk membendung penularan COVID-19.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat itu.

"Ingin saya tegaskan bahawa darurat diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung tidak akan dilaksanakan.

"Sebaliknya, kerajaan awam akan terus berfungsi, izinkan saya beri jaminan bahawa kerajaan sivil akan terus berfungsi," katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri pada Isnin (12 Jan).

Menurut Encik Muhyiddin, Jemaah Menteri dan Majlis Kerajaan Negeri akan terus berfungsi seperti biasa dalam tempoh darurat dilaksanakan.

"Jemaah menteri dan majlis kerajaan negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong dari masa ke semasa.

"Saya beri jaminan jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan pusat dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat," katanya lagi.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meluluskan Pengisytiharan Proklamasi Darurat di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Agong turut meluluskan tempoh pelaksanaan darurat itu sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika jumlah kes harian COVID-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan