Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keadaan Anwar bertambah baik, kata isteri

Keadaan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi (23 Jun) berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya, semakin baik pagi ini (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2018 03:59PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 09:49PM

SHAH ALAM: Keadaan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi (23 Jun) berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya, semakin baik pagi ini (24 Jun).

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata berikutan perkembangan itu suaminya dijangka pulih dalam masa terdekat.

“Saya sempat melawat beliau pagi tadi sebelum saya hadir rumah terbuka Selangor hari ini. Alhamdulillah, teruskanlah berdoa… kami amat berterima kasih kepada semua yang mendoakannya,” kata beliau kepada para wartawan selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Encik Anwar dikejarkan ke PPUM kerana kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki semalam.

Kunjungan beliau ke Turki bermula Khamis lalu (21 Jun), adalah atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

SERAHKAN KES SITI KASSIM KEPADA POLIS

Sementara itu, ketika diminta mengulas penahanan peguam Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim malam tadi atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam, Dr Wan Azizah menyerahkan siasatan kes itu kepada pihak polis.

“Saya tidak ikuti (kes), saya serahkannya kepada polis kerana saya juga sibuk dengan suami saya,” kata beliau.

Peguam itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 malam susuli aduan polis dibuat tentang seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya berusia 24 tahun dilarikan oleh Siti Kassim, ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri oleh doktor di Hospital Kajang, Khamis lalu.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan