Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kawasan pencarian 2 warga Singapura diperluaskan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di perairan Endau-Mersing, sejak Khamis (8 Ogos), diperluaskan kepada 500 batu nautika persegi hari ini (11 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan pencarian 2 warga Singapura diperluaskan

Bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia membuat rondaan. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2019 10:51PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 10:55PM

JOHOR BAHRU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di perairan Endau-Mersing, sejak Khamis (8 Ogos), diperluaskan kepada 500 batu nautika persegi hari ini (11 Ogos).

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata kawasan pencarian kini merangkumi bahagian utara Pulau Seri Buat, Pahang sehingga barat laut Pulau Tioman.

Beliau berkata operasi SAR melibatkan kekuatan 50 anggota SAR dari pelbagai agensi serta bantuan helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata anggota SAR berdepan dengan cabaran apabila berdepan dengan keadaan tiupan angin antara 20 hingga 30 kilometer sejam dan ketinggian ombak antara satu hingga 1.5 meter di kawasan perairan Timur Johor hari ini.

Ia diburukkan lagi dengan keadaan jerebu yang sedang melanda perairan Johor yang menjejaskan jarak penglihatan pasukan penyelamat di lautan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Aminuddin Abdul Rashid, dalam satu kenyataan berkata, satu sesi taklimat dan soal jawab sudah diadakan antara pihaknya, Konsulat Singapura ke Johor, Rajpal Singh dan ahli keluarga kedua-dua mangsa, hari ini.

Ia bagi memberi penjelasan mengenai misi mencari dan menyelamatkan mangsa, katanya.

Mangsa, dikenali sebagai Encik Tan Eng Soon, 62 dan dan Cik Puah Geok Tin, 57 tahun, dilaporkan hilang selepas kayak yang mereka naiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka yang sedang berkayak dari Endau-Mersing menuju ke Pulau Mertang, kira-kira jam 5.00 petang, pada Khamis.

Mereka dikatakan terpisah dari kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan