Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kaum wanita mungkin dilarang menari, menyanyi di khalayak ramai di Terengganu

Garis panduan penganjuran Terengganu, yang antara lain, melarang wanita menari dan menyanyi di khalayak ramai, khususnya yang mempunyai lelaki akan dikuatkuasakan di negeri itu dalam tempoh terdekat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaum wanita mungkin dilarang menari, menyanyi di khalayak ramai di Terengganu

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 01:22PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 01:55PM

MALAYSIA: Garis panduan penganjuran Terengganu, yang antara lain, melarang wanita menari dan menyanyi di khalayak ramai, khususnya yang mempunyai lelaki akan dikuatkuasakan di negeri itu dalam tempoh terdekat.

Exco Pelancongan, Budaya, dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman dipetik oleh The Star sebagai berkata bahawa garis panduan itu sepatutnya berkuat kuasa pada Januari lalu tetapi ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa larangan itu akan dilaksanakan "tidak lama lagi" setelah kekangan undang-undang sedia ada diselesaikan.

Garis panduan 11 perkara itu diumumkan pada Oktober 2018.

Encik Ariffin juga berpendapat bahawa garis panduan itu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan.

Inti pati garis panduan itu adalah seperti berikut:

- Muzik yang dipersembahkan tidak boleh diiringi atau dialunkan dengan peralatan bunyian yang melampau sehingga boleh mempengaruhi penonton atau pendengar mengikut rentak.

- Persembahan muzik dibenarkan selepas waktu Isyak dan tidak melepasi pukul 12.00 tengah malam, manakala pada waktu siang perlulah tidak melampaui batas waktu solat.

- Tidak dibenarkan mengadakan persembahan pentas pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya dan penganjur mesti memastikan penonton lelaki dan wanita bukan muhrim tidak bercampur.

- Persembahan kesenian tradisional berunsurkan pemujaan/menyalahi akidah seperti ulik mayang, rodat/tarian rodat, mak yong, mandi safar (adat), main puteri, tarian saba, tarian balai/pulai tidak dibenarkan melainkan telah dibuat pengubahsuaian yang sewajarnya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan