Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kaum wanita Jepun desak dibenar pakai cermin mata di tempat kerja ekoran larangan majikan

Kaum wanita di Jepun menyuarakan desakan di Twitter agar mereka dibenarkan memakai cermin mata di tempat kerja menyusuli laporan bahawa majikan-majikan mengenakan larangan sedemikian. Ini merupakan bantahan terkini di media sosial berhubung peraturan tegar terhadap penampilan wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaum wanita Jepun desak dibenar pakai cermin mata di tempat kerja ekoran larangan majikan

Gambar hiasan (Gambar: Unsplash/Scott Van Daalen)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 06:50PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 06:53PM

KUALA LUMPUR: Kaum wanita di Jepun menyuarakan desakan di Twitter agar mereka dibenarkan memakai cermin mata di tempat kerja menyusuli laporan bahawa majikan-majikan mengenakan larangan sedemikian. Ini merupakan bantahan terkini di media sosial berhubung peraturan tegar terhadap penampilan wanita.

Hashtag 'glasses are forbidden' atau 'cermin mata dilarang' menjadi tular selepas sebuah rancangan televisyen Jepun mendedahkan syarikat-syarikat yang mengenakan larangan terhadap para pekerja wanita.

"Ini adalah peraturan yang ketinggalan zaman," menurut catatan seorang pengguna Twitter menerusi tanda pagar demikian, sementara seorang lagi menganggap alasan-alasan yang diberikan oleh para majikan sebagai "bodoh".

Seorang wanita yang bekerja dalam restoran menulis di akaun Twitter bahawa beliau berkali-kali disuruh untuk tidak memakai cermin mata kerana ia dianggap "biadap" dan tidak kena dengan pakaian tradisional kimono yang digunakan.

"Jika peraturan itu hanya melarang kaum wanita memakai cermin mata, ini adalah diskriminasi terhadap kaum wanita," kata Kanae Doi, pengarah kumpulan sokongan hak asasi manusia, Human Rights Watch di Jepun.

Bantahan baru-baru ini berlaku selepas satu kempen awal tahun ini yang menggesa syarikat-syarikat supaya berhenti memaksa kakitangan wanita agar memakai kasut tumit tinggi ke tempat kerja.

Lebih 21,000 orang menandatangani petisyen online bagi gerakan #KuToo yang dipimpin seorang pelakon wanita Jepun bagi menyeru larangan terhadap kewajiban kaum wanita memakai kasut tumit tinggi ke tempat kerja.

Sebagai respons, seorang menteri Jepun berkata penetapan kod pakaian adalah "perlu dan wajar" di tempat kerja.

Sumber : Reuters/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan