Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kasut putih hanya S$3.35 sebelum kasut hitam dikuatkuasakan di sekolah M'sia

Kasut sekolah putih pada harga RM10 (S$3.35) sepasang, dengan harapan mampu menghabiskan stok

Anggaran Waktu Membaca:
Kasut putih hanya S$3.35 sebelum kasut hitam dikuatkuasakan di sekolah M'sia

Gambar hiasan. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 04:05PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 04:11PM

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga memotong harga dengan menjual kasut sekolah putih pada harga RM10 (S$3.35) sepasang, dengan harapan mampu menghabiskan stoknya sebelum arahan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya para pelajar memakai kasut hitam berkuat kuasa, menurut laporan Malaysiakini.

Malaysiakini melaporkan bahawa lori mudah alih itu ditemui di luar sebuah sekolah rendah di Sungai Kandis, Selangor, yang akan menyaksikan pilihan raya kecil, pada 4 Ogos ini.

Pada minggu lalu, Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malek mengumumkan bahawa murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih mulai tahun depan. Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat menyusuli maklum balas yang diterima kementerian daripada pihak ibu bapa.

Walau bagaimanapun, pada Sabtu lalu, Encik Maszlee berkata bahawa pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi pelajar sekolah yang bermula tahun depan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, lapor Malaysiakini.

Menurut beliau lagi, langkah itu adalah bagi mengelakkan ibu bapa dibebani oleh perubahan itu dan pelbagai pihak yang terlibat dapat menyesuaikan diri dengan ketetapan baru tersebut.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan