Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kastam Nigeria rampas wang tunai AS$8 juta dalam bas

Pihak berkuasa Nigeria merampas wang tunai AS$8 juta (S$11 juta) dalam enam beg plastik dalam sebuah bas di lapangan terbang antarabangsa di ibu kota Lagos, menurut kastam hari ini (5 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam Nigeria rampas wang tunai AS$8 juta dalam bas

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 05 Feb 2020 09:41PM Dikemas Kini : 05 Feb 2020 09:45PM

LAGOS: Pihak berkuasa Nigeria merampas wang tunai AS$8 juta (S$11 juta) dalam enam beg plastik dalam sebuah bas di lapangan terbang antarabangsa di ibu kota Lagos, menurut kastam hari ini (5 Feb).

Wang tunai dalam mata wang asing yang tidak dinyatakan itu, diikat dalam 20 bungkusan tertutup di dalam beg. Ia ditemui dalam bas di lapangan terbang Murtala Muhammed pada 16 Januari, menurut kenyataan dari pihak berkuasa kastam.

Pemandu bas berkenaan ditahan di tempat kejadian, namun belum jelas siapa pemilik wang tersebut.

Di bawah undang-undang Nigeria, sesiapa yang ingin menyeberang sempadan dengan wang tunai lebih daripada AS$10,000 (S$13,800) harus mengisytiharkannya kepada kastam.

Rampasan besar-besaran wang tunai dan barang tidak jarang berlaku di Nigeria, yang menduduki tangga 146 daripada senarai 180 negara dalam indeks persepsi rasuah Transparency International 2019.

Tahun lalu, pihak berkuasa merampas barang kemas bernilai AS$40 juta (S$55 juta) dan iPhone emas yang direka khas milik mantan menteri minyak, manakala pada tahun 2017 unit anti-penipuan itu berkata, ia merampas wang tunai AS$43.4 juta (S$60 juta) dari sebuah apartmen di Lagos. 

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan