Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal tersekat di Terusan Suez jadi bahan jenaka di internet

Sebuah kapal raksasa tersekat di Terusan Suez sejak Selasa (23 Mac). Namun insiden itu menjadi bahan jenaka di internet, menyindir kapal malang tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal tersekat di Terusan Suez jadi bahan jenaka di internet

Petikan gambar pada profil akaun Twitter @SuezDiggerGuy.

Diterbitkan : 26 Mar 2021 11:29PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 11:33PM

TOKYO: Sebuah kapal raksasa tersekat di Terusan Suez sejak Selasa (23 Mac). Namun insiden itu menjadi bahan jenaka di internet, menyindir kapal malang tersebut.

Perdagangan global tergendala akibat insiden itu. Mujur, tiada orang cedera dan tidak berlaku sebarang kerosakan pada alam sekitar.

Lantaran itu, kapal Ever Given menjadi sasaran jenaka warga siber.

Sembilan bot tunda sudah berusaha untuk mengapungkan kapal itu dan mendapatkan bantuan daripada darat, dengan dua pekerja dan sebuah kapal pengorek cuba menghacurkan batu di tebing sungai di mana bahagian depan kapal itu tersendat.

Gambar yang dimuat naik menunjukkan mereka kelihatan begitu kecil di samping badan kapal raksasa yang sedang cuba diapungkan- dengan komen-komen di Twitter antaranya berbunyi: "Dua lelaki ini dan kapal pengorek sedang mencuba menyelamatkan perdagangan global".

Akaun Twitter @SuezDiggerGuy, "Guy With the Digger at Suez Canal" (lelaki yang memiliki kapal pengorek di Terusan Suez), mempunyai 16,000 pengikut setakat pukul 4.30 petang waktu Singapura dan profil yang tertera: "Sedang cuba yang terbaik. Tidak menjanjikan apa-apa".

Akaun itu dipenuhi dengan catatan seperti "Sedang menimbangkan untuk memberi nama Ever Digging kepada kapal pengorek saya" sambil meratapi cutinya yang dibatalkan pengurus syarikat.

Warga siber juga memuat naik gambar Lego kapal pengorek dan bahagian depan kapal kontena itu, yang sedang dalam perjalanan dari kilang China ke Eropah.

Sebaik sahaja menyedari bahawa kapal itu mungkin tersekat selama berminggu-minggu, satu laman diadakan, iaitu https://istheshipstillstuck.com.

Petikan gambar laman Is The Ship Still Stuck? pada 26 Mac 2021. 

Meme sedemikian membanjiri internet sepertimana kapal kargo itu memenuhi Laut Merah.

Kebanyakan meme yang paling popular menyentuh tentang kemarahan terhadap pandemik sepanjang tahun lalu; dengan seorang warga siber menyifatkan kapal raksasa tersebut sebagai melambangkan "kemurungan dan rasa resah saya semasa COVID" dan kapal pengorek yang kecil di sampingnya sebagai "sedang berjalan-jalan".

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan