Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal tangki Korea Selatan ditahan Iran, Seoul siap hantar diplomat ke Tehran

Seoul mendesak Tehran supaya melepaskan sebuah kapal tangki Korea Selatan yang ditahan Pasukan Revolusioner Iran semalam (4 Jan) di Teluk Parsi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal tangki Korea Selatan ditahan Iran, Seoul siap hantar diplomat ke Tehran

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Jan 2021 04:46PM Dikemas Kini : 05 Jan 2021 04:48PM

SEOUL: Seoul mendesak Tehran supaya melepaskan sebuah kapal tangki Korea Selatan yang ditahan Pasukan Revolusioner Iran semalam (4 Jan) di Teluk Parsi.

Penahanan itu berlaku ketika hubungan Iran dengan Korea Selatan dalam keadaan tegang.

Ia berikutan tindakan Seoul membekukan dana Iran berjumlah AS$7 bilion (S$9.2 bilion) di bank-bank Korea Selatan kerana sekatan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, beberapa media Iran menyatakan pasukan Pengawal Revolusioner menahan kapal Hankuk Chemi kerana mencemari perairan Teluk Parsi dengan bahan kimia.

Kapal itu dikatakan membawa 7,200 tan kimia etanol.

Kementerian Luar Korea Selatan juga menyatakan 20 kelasinya adalah rakyat dari beberapa negara termasuk Indonesia.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan