Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal tangki Grace 1 milik Iran sudah bersedia untuk belayar

Ketua Menteri Gibraltar berkata kapal tangki Iran, Grace 1, yang ditahan pihak berkuasa wilayah Britain sejak awal bulan lalu boleh berlepas pada bila-bila masa sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal tangki Grace 1 milik Iran sudah bersedia untuk belayar

Kapal Tentera Laut Diraja Britain (belakang, kanan) membuat rondaan berhampiran kapal Grace 1 yang disyaki membawa minyak mentah ke Syria, melanggar sekatan EU selepas ia ditahan di luar pantai Gibraltar pada 4 Julai 2019. (Gambar: Jorge Guerrero/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 05:03PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 05:06PM

TEHRAN: Ketua Menteri Gibraltar berkata kapal tangki Iran, Grace 1, yang ditahan pihak berkuasa wilayah Britain sejak awal bulan lalu boleh berlepas pada bila-bila masa sahaja.

Kenyataan Encik Fabian Picardo itu merupakan satu tamparan kepada Amerika Syarikat yang cuba menghalang pembebasan kapal tersebut pada saat-saat akhir.

Pemerintah Gibraltar membuat keputusan melepaskan Grace 1 setelah mendapat jaminan bertulis dari Iran bahawa kapal tersebut tidak akan menuju ke negara-negara yang dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Grace 1 yang membawa 2.1 juta tong minyak mentah dari Iran ditahan pada 4 Julai lalu kerana dipercayai hendak menghantarnya ke Syria sekali gus mencabuli sekatan antarabangsa.

Iran menafikan tuduhan itu dan bertindak balas dengan menahan sebuah kapal tangki Britain, Stena Impero, di Selat Hormuz pada 19 Julai.

Sumber : AFP/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan