Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal kargo terkandas di Terusan Suez disebabkan ribut debu

Satu daripada kapal kontena terbesar dunia tersadai di Terusan Suez akibat ribut debu, menyebabkan berlaku kesesakan di laluan itu, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal kargo terkandas di Terusan Suez disebabkan ribut debu

(Gambar: Instagram/fallenhearts17)

Diterbitkan : 25 Mar 2021 04:06PM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 04:07PM

KAHERAH: Satu daripada kapal kontena terbesar dunia tersadai di Terusan Suez akibat ribut debu, menyebabkan berlaku kesesakan di laluan itu, lapor Xinhua.

"Kapal seberat 224,000 tan didaftarkan di Panama itu dalam perjalanan dari China ke Rotterdam, terkandas akibat angin kencang dan ribut debu," memetik kenyataan Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) pada Rabu (24 Mac).

Mesir dilanda ribut debu dan angin kencang mencecah sehingga 40 knot sejak Selasa.

"Lapan kapal tunda sedang berusaha mengalihkan kapal kontena sepanjang 400 meter dan 59 meter itu," kata SCA.

Dikendalikan syarikat pengangkutan Evergreen Marine, kapal kontena itu menyekat laluan di terusan sejauh 22 batu yang dibuka pada 2015. 

Berikutan kejadian itu terusan lama terpaksa dibuka semula untuk mengatasi masalah kesesakan di laluan berkenaan.

Terusan Suez adalah laluan perdagangan laut penting di dunia, membolehkan kapal belayar antara Eropah dan Asia Selatan tanpa melalui sekitar perairan Afrika dan dapat mengurangkan jarak pelayaran antara Eropah dan India kira-kira 7,000 kilometer.

Sebanyak 12 peratus jumlah dagangan dunia melalui laluan air buatan manusia itu, yang merupakan sumber mata wang utama Mesir.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan