Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal Equanimity akan dijual secepat mungkin

Kerajaan Malaysia akan menjual kapal persiaran mewah Equanimity yang berlabuh sejak Selasa lalu (7 Ogos) di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang, secepat mungkin.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal Equanimity akan dijual secepat mungkin

Equanimity, kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2018 03:08PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 03:10PM

KLANG: Kerajaan Malaysia akan menjual kapal persiaran mewah Equanimity yang berlabuh sejak Selasa lalu (7 Ogos) di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang, secepat mungkin.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan penjualannya juga akan diiklankan di seluruh dunia, lapor Astro Awani.

"Kita mahu menjualnya segera. Kita harus belanjakan wang yang banyak untuk memastikan keadaan kapal ini terjaga.

"Ia adalah kapal yang mempunyai segalanya, besar dan lengkap. Gimnasium, sauna dan segala apa yang difikirkan perlu ada sudah ada di atas kapal ini," kata Dr Mahathir.

Dalam pada itu, kapal tersebut tidak akan dibuka kepada orang ramai bagi mengekalkan nilai dan memelihara keadaan kapal tersebut, tambah Dr Mahathir.

Beliau berkata kapal berkenaan akan dijual dengan secepat mungkin memandangkan kos penyenggaraan sahaja menelan belanja kira-kira RM2 juta (S$670,000) sebulan.

“Kita perlu menjaga kapal layar itu supaya berkeadaan baik. Tetapi jika anda membenarkan beratus-ratus orang datang dan melihat kapal layar ini ia mungkin akan mengalami kerosakan dan memberi satu gambaran tidak baik.

“Pembeli mungkin tidak mahu membeli sebuah kapal yang dipamerkan sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di atas kapal itu, yang dianggar bernilai RM1 billion (S$340,000 juta).

Kapal layar mewah itu, dipercayai mempunyai hubung kait dengan seorang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan