Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera bapa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai didera bapa kandungnya, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera bapa

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 07 Dec 2018 12:18PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 12:29PM

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai didera bapa kandungnya, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada doktor di Hospital Serdang mengenai kanak-kanak itu yang dibawa keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 10.30 malam, semalam (5 Dis).

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kecederaan fizikal dengan kesan luka di bahagian kepala, badan, kaki dan tangan, selain kesan lebam di seluruh badan,” katanya dalam kenyataan pada malam Khamis (6 Dis).

Beliau berkata hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak malang itu petang tadi mendapati kematiannya disebabkan kecederaan tumpul berganda pada keseluruhan badan (multiple blunt trauma to the whole body).

Susulan itu, Encik Ahmad Dzaffir berkata polis menahan bapa mangsa berumur 43 tahun, di Semenyih padajam 9.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Siasatan awal mendapati suspek menjaga ketiga-tiga anaknya kerana isterinya sudah meninggalkan rumah sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata reman ke atas suspek akan dimohon di Mahkamah Majistret Kajang esok dan kes diklasifikasikan mengikut Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan