Images
  • police line
    Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Kanak-kanak leka dengan telefon bimbit maut dilanggar kereta api

SONGKHLA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dilanggar kereta api, dipercayai kerana leka bermain telefon bimbit dalam kejadian yang berlaku di Thunglung, Hat Yai pada Jumaat (15 Mac).

Jurucakap polis berkata dalam kejadian yang berlaku pada sekitar 6.00 petang waktu tempatan itu, murid darjah enam berkenaan sedang bermain telefon bimbit berdekatan landasan kereta api.

"Mayat kanak-kanak itu diseret kira-kira 40 meter dari tempat kejadian," katanya.

Kereta api tersebut sedang dalam perjalanan dari Bangkok ke Padang Besar.

Menurut seorang saksi, kereta api tersebut membunyikan hon sebagai amaran namun mangsa tidak menyedarinya.

"Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang bermain telefon bimbitnya dan kereta api tersebut dari arah belakang.

"Saya pernah memberi amaran kepada kanak-kanak itu supaya tidak berlari atau bermain telefon bimbit berdekatan landasan kereta api atas faktor keselamatan, namun dia tidak mengendahkannya,” kata beliau.  

- BERNAMA/AI/ai

Top