Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak kampung ini tidak mandi ke sekolah ekoran krisis air bersih berlarutan

Ramai anak-anak dari warga di Kampung Hujung Kidul di Jawa Barat, tidak mandi apabila pergi ke sekolah kerana krisis air bersih akibat cuaca kering yang melanda daerah itu sejak empat bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak kampung ini tidak mandi ke sekolah ekoran krisis air bersih berlarutan

(Gambar: Pixabay/tookapic)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 10:36PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 10:37PM

CIMAHI (ANTARA): Ramai anak-anak dari warga di Kampung Hujung Kidul di Jawa Barat, tidak mandi apabila pergi ke sekolah kerana krisis air bersih akibat cuaca kering yang melanda daerah itu sejak empat bulan lalu.

Deden, salah seorang penduduk berusia 41 tahun, mengaku krisis air yang terjadi itu menyebabkan anaknya yang masih menuntut di Sekolah Dasar (SD) pergi ke sekolah dengan tidak mandi.

"Air sumur sudah kering, kita terkadang beli air galon harganya 4,000 rupiah (S$0.40)," ujar Deden di Cimahi pada Rabu (21 Ogos).

Untuk pergi ke sekolah, terang Deden lanjut, anaknya hanya sempat mencuci muka. Namun, hanya baru-baru ini sahaja anaknya itu boleh mandi sebelum ke sekolah kerana tidak terjadi krisis air.

Selama dilanda krisis air, Deden melakukan rutin membeli air galon untuk kegunaan harian. Dalam sehari, beliau harus membeli lima galon air.

"Terkadang kami hanya satu kali (mandi), gara-gara kekurangan air," kongsinya.

Selain itu, Carbun, berusia 49 tahun, yang juga merupakan menghadapi masalah itu mengakui menghadapi kesulitan untuk mencuci pakaian harian kerana kekurangan air.

"Air sumur sudah mengering empat bulan kelmarin hingga sekarang. Biasanya, kalau buat cuci pakaian pakai air sumur sama harus ngantre (beratur panjang)," kata Carbun.

Sejak dilanda krisis air tersebut, Pemerintah Kota Cimahi melalui Dinas Pemadam Kebakaran juga sudah mengagihkan bantuan air dengan sejumlah lori tangki air.

Setiap hari, para penduduk yang terjejas akan beratur untuk mendapatkan air bersih dari lori tangki sejak jam 9.00 pagi. Para penduduk itu akan mengambil air sesuai dengan keperluan masing-masing.

Dengan demikian, Deden berharap pemerintah dapat lebih peka dalam menjangkakan bila krisis air bakal berlaku.

"(Pemerintah) harus siap siaga, langsung turun ke lapangan," ujarnya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan