Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak, jurulatih dijumpai selamat selepas 9 hari terperangkap dalam gua Thai

Kesemua12 kanak-kanak lelaki serta jurulatih mereka yang terperangkap selama sembilan hari dalam sebuah gua di Thailand, berjaya ditemui dalam keadaan selamat lewat Isnin (2 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak, jurulatih dijumpai selamat selepas 9 hari terperangkap dalam gua Thai

Petikan daripada video yang menunjukkan kanak-kanak dijumpai terselamat dalam gua di utara Thailand. (Gambar: Tentera Laut Diraja Thailand)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 08:08AM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 08:13AM

MAESAI, Thailand: Kesemua12 budak lelaki serta jurulatih mereka yang terperangkap selama sembilan hari dalam sebuah gua di Thailand, berjaya ditemui dalam keadaan selamat lewat Isnin (2 Jul).

Budak-budak berusia antara 11 hingga 16 itu serta jurulatih mereka tidak dapat dihubungi sejak hilang pada 23 Jun.

Usaha menyelamat oleh pasukan antarabangsa dihambat buat beberapa hari oleh hujan lebat yang membanjiri gua Tham Luang di utara Thailand.

Namun pada lewat Isnin, gabenor wilayah Chiang Rai mengumumkan bahawa mereka sudah ditemui.

"Kami menjumpai kesemua 13 dalam keadaan selamat... kami akan menjaga mereka hingga mereka boleh bergerak," Narongsak Osottanakron memberitahu para wartawan yang terus bersorak gembira.

"Kami akan membawa mereka makanan dan seorang doktor yang boleh menyelam. Saya kurang pasti sama ada mereka boleh makan kerana mereka sudah lama tidak berbuat demikian."

Pasukan penyelamat menemui mereka di sebuah tapak tanah yang kering, beberapa kilometer dalam gua Tham Luang.

Mereka ditemui dalam keadaan letih dan lapar, meskipun masih mengekalkan semangat masing-masing.

Keadaan kesihatan mereka bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, kegembiraan jelas terpancar di wajah anggota keluarga di luar gua, yang menyambut berita penemuan kanak-kanak dan jurulatih itu.

"Saya berasa sangat lega... saya harapkan dia sihat dari segi mental dan fizikal," kata Tinnakorn Boonpiem, yang anaknya berusia 12 tahun merupakan antara yang terselamat.

Misi kini bertumpu kepada usaha membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan