Kanak-kanak dalam perjalanan ke surau maut dirempuh motosikal
Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan untuk ke surau di hadapan rumahnya di Kampung Ekor Lambat, Perak, pada Ahad (12 Mei).
PARIT: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan untuk ke surau di hadapan rumahnya di Kampung Ekor Lambat, Perak, pada Ahad (12 Mei).
Muhammad Ammar Raziq Azhar, 10 tahun, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang dekat Parit kurang setengah jam selepas dia dirempuh pada kira-kira pukul 6.30 petang.
Menurut BH Online, Muhammad Ammar melintas jalan untuk berbuka puasa di masjid di hadapan rumahnya kerana hari tersebut adalah giliran bapanya untuk mengadakan majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak hospital pada jam 7.17 malam semalam, lapor BH Online.
Encik Mohammad Zainal berkata siasatan awal mendapati motosikal dari arah Parit menghala ke Bota itu melanggar mangsa yang dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
“Penunggang motosikal berusia 23 tahun turut cedera. Bedah siasat dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian akibat parah di bahagian kepala,” kata beliau sambil menambah bahawa siasatan lanjut masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.