Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 9 tahun ditemui mati lemas

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati lemas selepas terjatuh dari tambatan yang dilimpahi air sungai berhampiran Taman Tabung Haji, Kepala Batas, semalam (17 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 9 tahun ditemui mati lemas

(Gambar: BERNAMA).

Diterbitkan : 18 Nov 2017 02:02PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 02:52PM

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati lemas selepas terjatuh dari tambatan yang dilimpahi air sungai berhampiran Taman Tabung Haji, Kepala Batas, semalam (17 Nov).

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Encik Mohamad Shukri Zulkapri berkata jenazah Muhammad Haziq Amsyar Shahril ditemui di dasar tambatan berkenaan pada jam 5.45 petang, kira-kira 15 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.03 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan sebaik tiba di lokasi, anggota bomba menjalankan pencarian dengan menggunakan kaedah 'grapping iron' (mencari menggunakan besi),” terangnya.

Beliau berkata kawasan tambatan itu dilimpahi air sungai berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan