Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 3 tahun maut dilanggar kereta jiran

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta yang mengundur, sebelum kenderaan itu merempuh dinding sebuah rumah di Rumah Panjang Tanjung Tokong di Pulau Pinang pada Rabu (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 3 tahun maut dilanggar kereta jiran

Seorang anak-kanak tiga tahun maut dilanggar sebuah kereta yang mengundur di Rumah Panjang Tanjung Tokong di Pulau Pinang. (Gambar: YZdotMY/Facebook)

Diterbitkan : 21 Feb 2019 08:47AM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 08:51AM

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta yang mengundur, sebelum kenderaan itu merempuh dinding sebuah rumah di Rumah Panjang Tanjung Tokong di Pulau Pinang pada Rabu (20 Feb).

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar 2.30 petang itu, Annur Sumayyah Syabandi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, berkata kejadian tersebut berlaku apabila seorang wanita berusia 35 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga, dikatakan terpijak pedal minyak ketika mengundurkan kereta.

“Kereta itu kemudiannya melanggar kanak-kanak itu sebelum merempuh masuk ke halaman sebuah rumah di kawasan itu.

“Mangsa telah dibawa ke HPP dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu maut akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

ACP Che Zaimani menambah bahawa pemandu kereta itu, yang juga jiran mangsa, bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah pasar raya. Pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan