Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 3 tahun dibaham harimau bintang di taman negara

Malang tidak berbau! Seorang renjer kehilangan anak lelakinya yang berusia tiga tahun yang dilarikan seekor harimau bintang sebelum membahamnya di Taman Negara Ratu Elizabeth.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 3 tahun dibaham harimau bintang di taman negara

Gambar Google Street View.

Diterbitkan : 08 May 2018 11:28PM Dikemas Kini : 09 May 2018 12:00AM

KAMPALA: Malang tidak berbau! Seorang renjer kehilangan anak lelakinya yang berusia tiga tahun yang dilarikan seekor harimau bintang sebelum membahamnya di Taman Negara Ratu Elizabeth.

Menurut Metro UK, renjer berkenaan membawa anaknya itu ke tempat kerja dan meninggalkannya untuk dijaga pengasuhnya di kuarters pekerja tidak berpagar dalam taman negara berkenaan.

Malangnya, pada malam Jumaat (4 Mei), kanak-kanak itu 'diculik' seekor harimau bintang.

Jurucakap pihak berkuasa hidupan liar, Encik Bashir Hangi memberitahu Metro UK bahawa mangsa mengekori pengasuhnya ke luar rumah sebelum diserang haiwan terbabit.

"Pengasuh itu terdengar jeritan kanak-kanak itu meminta tolong. Beliau cuba mencarinya tetapi sudah terlewat. Harimau bintang itu sudah hilang di sebalik semak samun dan tidak dapat lagi dijejaki.

"Gerakan menyelamat mangsa berakhir dengan penemuan tengkorak milik kanak-kanak itu pada keesokan harinya," kata Encik Bashir seperti ditukil MetroUK.

"Harimau bintang itu sedang diburu dan ia akan dipindahkan daripada Taman Negara kerana apabila ia sudah makan daging manusia, keinginannya untuk mengulangi serangan ke atas manusia lagi sangat tinggi. Ia begitu berbahaya," tambah beliau.  

Sumber : Agensi berita/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan