Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 2 tahun, 7 dewasa cedera dalam kejadian tembakan terbaru di Chicago

Kanak-kanak 2 tahun, 7 dewasa cedera dalam kejadian tembakan terbaru di Chicago.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 2 tahun, 7 dewasa cedera dalam kejadian tembakan terbaru di Chicago

Polis siasat kes tembakan pada 9 Jan 2021. (Gambar: Chris Sweda/Chicago Tribune via AP)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 09:02AM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 09:05AM

CHICAGO: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditembak pada bahagian kepalanya pagi Selasa (6 Apr) semasa menaiki sebuah kereta di Tasik Shore Drive di Chicago hanya beberapa jam selepas tujuh orang juga ditembak dan cedera dalam satu pergaduhan beberapa batu dari situ.

Ia berlaku dalam salah satu tahun yang kelihatan paling kerap menyaksikan keganasan bagi bandar tersebut, menurut polis.

Menurut polis Chicago, kereta itu terlibat dalam kemalangan setelah budak lelaki itu ditembak di kepalanya berdekatan Grand Park di South Side Chicago sekitar pukul 11.00 pagi.

Para saksi memberitahu polis bahawa mereka mendengar bunyi tembakan beberapa saat sebelum kereta yang dipandu sekitar dua blok selepas tembakan tersebut, terlibat dalam kemalangan.

Mereka berkata seorang wanita melompat keluar daripada kereta itu bersama seorang kanak-kanak dan seseorang yang memandu kereta telah membawa mereka ke Hospital Northwestern Memorial sebelum budak lelaki itu dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Lurie. Polis menyatakan keadaannya kritikal.

Pada Isnin malam, satu pergaduhan bertukar kepada insiden keganasan melibatkan senjata api di kejiranan South Side, di Englewood.

Tujuh orang cedera. Seorang wanita berusia 39 tahun dikatakan berada dalam keadaan serius setelah ditembak pada bahagian lengan dan perutnya.

Lima lelaki dimasukkan ke hospital manakala seorang lagi dalam keadaan baik setelah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di pinggir bandar Daerah Cook, di Harvey, dengan luka akibat tembakan pada bahagian kakinya, menurut polis.

Tiada penangkapan dibuat sejauh ini dan siasatan sedang dijalankan.

Insiden tembakan itu menyusuli keganasan di merata Chicago pada hari Easter Ahad lalu (4 Apr) yang menyebabkan tujuh orang mati dan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera akibat terkena tembakan.

Minggu lalu, seorang pegawai polis Chicago menembak mati seorang remaja 13 tahun, Adam Toledo, sedang dia melarikan diri daripada para pegawai sambil membawa pistol.

Adam mati ditempat kejadian pada 29 Mac dan sepucuk pistol juga dijumpai.

Datuk Bandar Lori Lightfoot berkata para pegawai polis sudah diberi amaran bahawa anggota kumpulan samseng mungkin menembak mereka sebagai membalas dendam ke atas kematian Adam.

Menurut statistik jabatan polis yang dikeluarkan minggu lalu, menjelang hujung bulan Mac terdapat 131 kes pembunuhan berbanding 98 bagi tempoh sama tahun lalu.

Jumlah mangsa tembakan pada 2021 sudahpun mencecah 700 - lebih 200 berbanding yang dicatat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun lalu.

Pada Selasa (6 Apr), Setiausaha Akhbar Presiden Joe Biden, Jen Psaki, berkata presiden cenderung ke arah lebih banyak perbelanjaan persekutuan bagi "pencegahan keganasan dalam masyarakat" dan menggesa agar langkah-langkah keselamatan senjata diambil untuk membantu mengurangkan kejadian keganasan melibatkan senjata api.

Sumber : AP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan