Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 12 tahun telefon polis adu dihidang salada oleh ibu bapanya

Anda mungkin pernah terdengar tentang anak kecil yang tidak sengaja menelefon polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 12 tahun telefon polis adu dihidang salada oleh ibu bapanya

(Gambar: Shutterstock/ Shebeko melalui MERDEKA.COM)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 09:33PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 11:35PM

HALIFAX: Anda mungkin pernah terdengar tentang anak kecil yang tidak sengaja menelefon polis.

Namun, bagaimana pula reaksi anda jika seorang budak berumur 12 tahun, menelefon polis semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan hidangan salada yang disediakan ibu bapanya.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu menelefon polis sebanyak dua kali. Pasukan kecemasan menerima panggilan pertama pada sekitar 10.00 malam, lapor Daily Mail.

"Kanak-kanak itu sangat tidak berpuas hati tentang bahan-bahan yang diletakkan ke dalam salada itu," kata jurucakap polis tempatan, Korporal Dal Hutchinson.

Panggilan pertama itu bagaimanapun terputus. Belum sempat pihak polis menelefon kanak-kanak itu kembali, mereka menerima panggilannya sekali lagi. Kanak-kanak itu mengatakan dia 'amat tidak menyenangi bahan-bahan yang diletakkan dalam salada yang dihidangkan'.

Sebagai pegawai polis, mereka perlu menjawab setiap panggilan yang diterima dan membantu mereka yang membuat aduan.

Encik Hutchinson memberitahu Daily Mail bahawa pasukannya ke rumah 'mangsa salada itu' dan jelas, ibu bapanya berasa marah dengan tindakan anak mereka.

Atas faktor usia, polis memutuskan untuk tidak mengenakan denda ke atas kanak-kanak lelaki itu. Namun, pegawai yang datang ke rumah mereka memberinya peringatan dan menjelaskan kepadanya bahawa dia hanya boleh menghubungi talian 911 jika dalam bahaya atau sebab-sebab lain yang lebih penting.

"Semoga ini satu pengajaran yang baik. Ini peluang baginya untuk mempelajari sesuatu," kata Encik Hutchinson kepada Daily Mail.

"Memang ada yang tidak suka salada, tetapi ada isu lebih penting di sebalik kejadian ini."

Pada 2015, seorang wanita di Amerika Syarikat diberkas kerana menelefon 911 untuk mengadu tentang pesanan makanannya.

Tracey McCloud, 44 tahun, tidak berpuas hati dengan makanan yang disajikan dan menggesa pihak restoran untuk mengembalikan wangnya.

"(Pihak restoran) memberi reaksi seolah-olah tidak memahami saya meminta wang kembali dan sebaliknya mengambil balik makanan itu," kata Tracey.  

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan