Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada kenakan tuduhan pengganasan terhadap suspek serangan keluarga Muslim

Kanada mengenakan tuduhan pengganasan ke atas seorang lelaki yang didakwa merempuh sekeluarga Muslim menggunakan sebuah trak pikap, kata para pendakwa pada Isnin (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada kenakan tuduhan pengganasan terhadap suspek serangan keluarga Muslim

Upacara pengebumian dijalankan bagi para mangsa serangan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jun 2021 09:09AM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 09:15AM

OTTAWA: Kanada mengenakan tuduhan pengganasan ke atas seorang lelaki yang didakwa merempuh sekeluarga Muslim menggunakan sebuah trak pikap, kata para pendakwa pada Isnin (14 Jun).

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengutuk serangan itu sebagai satu "pengganasan".

Empat sekeluarga termasuk arwah Encik Afzaal, isterinya, anak remaja perempuan mereka dan ibu Encik Afzaal sedang berjalan-jalan di London, Ontario pada 6 Jun apabila seorang pemandu trak merempuh mereka dengan sengaja, menurut pihak berkuasa.

Para pendakwa mendedahkan bahawa mereka akan menambah tuduhan pengganasan selain empat tuduhan pembunuhan dirancang dan satu tuduhan cubaan membunuh ke atas Nathaniel Veltman, 20 tahun.

Veltman yang sebelum ini tidak mempunyai rekod jenayah mahupun kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, memberitahu mahkamah menerusi pautan video bahawa dia tidak diwakili peguam. Dia juga belum membuat rayuan.

Anak perempuan 9 tahun arwah Encik Afzaal terselamat daripada serangan di kawasan kejiranan bandar London, kira-kira 200 km dari Toronto, tetapi mengalami kecederaan teruk.

"Pembunuhan itu bukan satu kemalangan. Ia adalah satu serangan keganasan, didorong kebencian, di tengah-tengah salah satu kejiranan kita," tegas PM Trudeau dalam satu ucapan di Dewan Rakyat.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan