Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada isytihar keadaan darurat setelah dibadai ribut salji

Wilayah Newfoundland dan Labrador di Kanada mengisytiharkan keadaan darurat pada Jumaat (17 Jan) kerana dibadai ribut salji yang hebat yang diramal berterusan sepanjang hari ini (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada isytihar keadaan darurat setelah dibadai ribut salji

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 06:23PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 06:26PM

KANADA: Wilayah Newfoundland dan Labrador di Kanada mengisytiharkan keadaan darurat pada Jumaat (17 Jan) kerana dibadai ribut salji yang hebat yang diramal berterusan sepanjang hari ini (18 Jan).

Para pegawai mengarahkan semua kedai ditutup dan kenderaan tidak berada di jalan-jalan raya.

Bandar-bandar berhampiran di Mount Pearl, Paradies, Torbay dan Portugal Cove-St Philip's menyusul tidak lama kemudian.

Kementerian Sekitaran Kanada mengeluarkan amaran ribut salji bagi sebahagian besar Newfoundland dan menyatakan angin kencang dan ribut salji mungkin menyebabkan keadaan cuaca di mana penglihatan terjejas oleh salji yang tebal.

Keadaannya begitu buruk hinggakan sesetengah penduduk tidak boleh keluar rumah.

Rakaman video oleh seorang penduduk St John's pada malam Jumaat menunjukkan hanyutan salji dan pusaran salji di sekitar kejiranannya.

Beliau mengatakan bekalan elektrik terputus di kawasan seberang jalan.

Para penduduk diberi amaran kemungkinan mengalami salji setebal 40 hingga 75 sentimeter.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan