Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada beri amaran kepada AS; jangan politikkan kes ekstradisi

Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland pada Rabu (12 Dis) memberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya jangan mempolitikkan kes-kes ekstradisi, sehari selepas Presiden Donald Trump berkata beliau mungkin campur tangan berhubung kes eksekutif China yang ditahan di Kanada atas permintaan Washington.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada beri amaran kepada AS; jangan politikkan kes ekstradisi

Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Dec 2018 12:09PM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 12:12PM

OTTAWA: Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland pada Rabu (12 Dis) memberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya jangan mempolitikkan kes-kes ekstradisi. Amaran itu dikeluarkan sehari selepas Presiden Donald Trump berkata beliau mungkin campur tangan berhubung kes eksekutif China yang ditahan di Kanada atas permintaan Washington.

Cik Freeland juga memberitahu para wartawan bahawa seorang lagi warga Kanada mungkin mengalami masalah di China. Pihak berkuasa di China sudahpun menahan mantan diplomat Michael Kovrig sejak Isnin.

China membantah dengan keras penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies, Meng Wanzhou, pada 1 Disember di Vancouver. Cik Meng dituduh para pendakwa Amerika Syarikat sebagai menipu beberapa bank antarabangsa berhubung urus niaga berkaitan dengan Iran, lantas meletakkan bank tersebut dalam bahaya mencabuli sekatan Amerika Syarikat. Cik Meng bagaimanapun tidak mengaku bersalah.

Pada Selasa, Encik Trump memberitahu Reuters bahawa beliau akan campur tangan dalam kes Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas Cik Meng jika ia dapat memenuhi kepentingan keselamatan negara atau membantu mencapai perjanjian perdagangan dengan China.

Namun kata Cik Freeland, proses undang-undang tidak sepatutnya disalahgunakan atas tujuan politik.

"Rakan-rakan ekstradisi tidak sepatutnya mencuba untuk mempolitikkan proses ekstradisi atau menggunakannya selain tujuan keadilan dan mematuhi undang-undang," kata Cik Freeland apabila diminta mengulas tentang komen Encik Trump.

Cik Meng dibebaskan dengan ikat jamin oleh sebuah mahkamah di Kanada pada Selasa.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan