Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada berdepan gelombang ketiga "amat serius" pandemik COVID-19: PM Trudeau

Kanada berdepan gelombang ketiga "amat serius" pandemik COVID-19: PM Trudeau.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada berdepan gelombang ketiga "amat serius" pandemik COVID-19: PM Trudeau

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. (REUTERS/Blair Gable)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 11:32AM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 11:34AM

OTTAWA: Jumlah pesakit dimasukkan ke hospital-hospital di Kanada semakin melonjak, katil-katil di unit jagaan rapi pula semakin penuh dan varian-varian COVID-19 terus menular sedang gelombang ketiga penularan pandemik melanda sebahagian besar negara itu.

Demikian menurut Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Selasa (6 Apr).

"Di merata dunia, negara-negara berdepan gelombang ketiga pandemik yang sangat serius," Encik Trudeau memberitahu sidang media. "Sekarang, begitu juga Kanada."

Kanada mempunyai purata hampir 5,200 kes baru COVID-19 sehari sepanjang minggu lalu dan mencatat lebih sejuta keputusan positif ujian COVID-19 dan 23,000 kematian.

Wilayah Ontario Kanada - yang mempunyai jumlah penduduk paling padat - melaksanakan sekatan pergerakan terhad pada Sabtu (3 Apr) tetapi sebahagian petugas kesihatan tempatan menggesa agar langkah lebih drastik diambil.

Wilayah-wilayah Kanada dari Quebec ke British COlumbia, kecuali Manitoba, bergelut dengan jumlah kes COVID-19 yang melonjak.

Kerajaan persekutuan sudah menghantar lebih 10 juta dos vaksin COVID-19 sejauh ini dan agensi-agensi kesihatan wilayah sedang dalam proses mentadbirkannya.

Encik Trudeau berkata semua orang daripada 38 juta rakyat Kanada yang mahu mendapatkan vaksin akan diberikan vaksin menjelang hujung bulan September.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan