Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kambing bertanduk empat; kejutan bagi penternak

Pelik dan ganjil. Itulah yang terjadi di Kampung Pida 7 di Jerlun, Kedah apabila seorang penternak haiwan mendapati bahawa kambing miliknya bertanduk empat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kambing bertanduk empat; kejutan bagi penternak

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 07:30AM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 07:53AM

KEDAH: Pelik dan ganjil. Itulah yang terjadi di Kampung Pida 7 di Jerlun, Kedah apabila seorang penternak haiwan mendapati bahawa kambing miliknya bertanduk empat.

Mohd Yusri Che Man, 24 tahun, tidak menyangka bahawa anak kambing baka tempatan yang dibeli dari Perlis dua tahun lalu kini mempunyai keunikan.

Agensi berita Astro AWANI menukil beliau sebagai berkata, pada mulanya kambing itu mengeluarkan dua tanduk sebelum dua lagi tanduk muncul di bahagian bawah tanduk sedia ada.

Menurut Encik Mohd Yusri, bentuk tanduk itu juga unik kerana ia membengkok ke bawah.

"Saya beli 25 ekor. Atas nasihat ayah saya, saya tidak jual anak kambing unik ini kerana mungkin kelebihan atau tuah. Tetapi saya tidak percaya semua itu.

"Saya simpan anak kambing ini sebab ia ganjil dan orang datang untuk melihat keunikan ini," katanya ketika ditemui oleh Astro AWANI.

Encik Mohd Yusri menambah, beliau tidak menerima tawaran daripada mereka yang ingin membeli anak kambing berkenaan, walaupun pada harga yang tinggi.

Astro AWANI juga difahamkan bahawa beliau bertekad tidak akan menjual kambing itu kerana menganggap ia sebagai kurniaan Allah.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan