Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kamala Harris pilihan Joe Biden sebagai calon naib presiden

Mantan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) merangkap calon Demokratik, Joe Biden, pada Selasa (11 Ogos) mengumumkan beliau memilih Senator Kamala Harris dari California sebagai gandingannya, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Kamala Harris pilihan Joe Biden sebagai calon naib presiden

Senator California Kamala Harris menyokong calon presiden Demokrat, bekas naib presiden Joe Biden, semasa tunjuk perasaan di Sekolah Tinggi Renaissance di Detroit, Michigan, pada 9 Mac 2020. (Gambar: JEFF KOWALSKY/AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2020 11:04AM Dikemas Kini : 12 Aug 2020 11:05AM

WASHINGTON: Mantan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) merangkap calon Demokratik, Joe Biden, pada Selasa (11 Ogos) mengumumkan beliau memilih Senator Kamala Harris dari California sebagai gandingannya, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi akaun Twitternya, Biden berkata Harris "pejuang yang berani walau kecil orangnya dan antara pegawai awam terbaik di negara ini."

Dipilih pada 2016, Harris, 55 tahun, wanita Afrika- Amerika kedua dalam sejarah menjadi anggota Senat Amerika. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai peguam negara California.

Dengan pemilihan itu, beliau menjadi wanita ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat menjadi calon naib presiden, selepas Geraldine Ferraro dari Demokrat sebagai calon naib presiden pada 1984 dan Sarah Palin dari Republikan sebagai naib presiden pada 2008.

Sementara itu, Harris memuji calon presiden Demokratik itu yang dianggap sebagai orang yang "dapat menyatukan rakyat Amerika kerana beliau menghabiskan hidupnya berjuang untuk kita. Dan sebagai presiden, beliau akan membina Amerika yang sesuai."

"Saya merasa bertuah dapat bergandingan dengan beliau," tambahnya.

Harris, anak kepada pendatang dari India dan Jamaica itu, menawarkan diri untuk bertanding pada Januari 2019. Disebabkan kekurangan dana, beliau menarik diri daripada persaingan kira-kira setahun kemudian.

Pada Mac 2020, Harris menyuarakan sokongan beliau terhadap Biden. Beliau menghabiskan sebahagian besar kerjaya politiknya sebagai pendakwa dan menjadi terkenal di negara itu sebagai pemimpin dalam memperjuangkan hak sama rata dan pembaharuan keadilan jenayah.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan