Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kalah main video, remaja nekad penggal kepala dengan gergaji

Ketaksuban bermain permainan video mengundang padah apabila seorang remaja lelaki, berusia 15 tahun, membunuh diri di kediamannya di Mogochino di wilayah Tomsk, Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kalah main video, remaja nekad penggal kepala dengan gergaji

Pavel Matveev dipercayai memenggal kepalanya dengan gergaji rantai setelah kalah dalam mainan video. (Gambar: @DerangedRadio/Twitter)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 05:34PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 05:40PM

MOSKO: Ketaksuban bermain permainan video mengundang padah apabila seorang remaja lelaki, berusia 15 tahun, membunuh diri di kediamannya di Mogochino di wilayah Tomsk, Rusia.

Agensi berita Astro Awani difahamkan bahawa mangsa, yang dikenali sebagai Pavel Matveev, memenggal kepalanya sendiri menggunakan gergaji rantai selepas beliau dikatakan kalah dalam satu permainan video yang dibeli ibunya beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, remaja itu dipercayai meluangkan masa yang lama bermain permainan video yang belum dikenal pasti itu.

Sumber itu dipetik media tempatan sebagai mengatakan: "Itulah yang membunuhnya apabila menghabiskan masa berjam-jam sehingga mendorong beliau membunuh diri apabila kalah dalam permainan video itu."

Kes itu bukanlah yang pertama berlaku, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, beberapa kes melibatkan remaja dan kanak-kanak dilapor membabitkan permainan video yang menyasarkan mereka untuk melakukan pelbagai kegiatan berbahaya, termasuk membunuh diri.

Antara yang disebut-sebut adalah Blue Whale Challenge dan Momo Challenge.

Menurut laporan Astro Awani, Rusia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah kes bunuh diri paling tinggi di dunia, dengan mencatat lebih 400 kes pada tahun 2013 saja.

Insiden itu memaksa pihak berkuasa di beberapa negara untuk mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung permainan video berkenaan yang tular dalam kalangan remaja. 

LAPORAN BERKAITAN

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan