Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kakitangan awam ponteng kerja selepas cuti Raya mungkin diturunkan pangkat

Kakitangan awam Indonesia yang gagal kembali ke tempat kerja menyusuli musim cuti Hari Raya akan menghadapi tindakan disiplin. Ini termasuklah diberi amaran dan diturunkan pangkat, menurut pihak berkuasa yang sedang berusaha untuk menangai masalah yang diperhatikan berulang setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan awam ponteng kerja selepas cuti Raya mungkin diturunkan pangkat

Keadaan lalu lintas di Jakarta. (Gambar: AFP/Bay Ismoyo)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 12:37AM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 12:41AM

JAKARTA: Kakitangan awam Indonesia yang gagal kembali ke tempat kerja menyusuli musim cuti Hari Raya akan menghadapi tindakan disiplin. Ini termasuklah diberi amaran dan diturunkan pangkat, menurut pihak berkuasa yang sedang berusaha untuk menangai masalah yang diperhatikan berulang setiap tahun.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Tajhjo Kumolo ditukil oleh laman akhbar Tempo sebagai berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang gagal hadir di tempat kerja pada Isnin (10 Jun), iaitu pada hari bekerja pertama selepas cuti perayaan Lebaran.

Beliau berkata hukuman akan dikenakan untuk memelihara disiplin dalam kementerian itu.

"Para ASN (Aparatus Sivil Negara) yang tidak hadir di tempat kerja dan tidak menghadiri upacara menaikkan bendera pagi ini tanpa sebab munasabah akan menerima surat amaran dari setiausaha agung dan potongan alaun prestasi," kata Encik Kumolo menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui WhatsApp.

Para pekerja yang ponteng kerja juga akan digantung kerja selama tiga hari. Namun mereka yang sakit atau perlu menangani urusan keluarga akan dikecualikan.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan juga berkata tindakan akan diambil terhadap kakitangan majlis bandaran yang tidak hadir atau lambat tiba di tempat kerja pada Isnin.

"Sudah tentu mereka akan menghadapi hukuman menurut peraturan sedia ada," kata Encik Anies, menurut laporan laman Tempo yang berasingan.

Menurutnya, 66,087 atau 99.73 peratus kakitangan awam kembali bekerja pada Isnin. Hanya 185 orang atau 0.27 peratus yang datang lambat.

Encik Anies berkata menurut peraturan pemerintah, terdapat tujuh peringkat tindakan disiplin, termasuk amaran lisan, peningkatan gaji ditahan dan juga penurunan pangkat.

Cuti Lebaran di Indonesia tahun ini berlangsung antara 3 Jun hingga 7 Jun.

Laporan berkaitan:

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan